Saturday, June 27, 2009

27 June 2009

Sabtu merupakan hari cuti rehat bagi SME Bank, seperti kebiasaannya hari sabtu adalah merupakan hari untuk bersukan, aku bangun pada pukul 6.45 pagi dan selepas menunaikan solat subuh aku tido balik. Tepat jam 7.15 pagi...aku dikjutkan oleh bapa untuk ke UUM....Kami bertolak lebih kurang pukul 7.35 pagi....kali ni kami ke uum dengan menaiki perdana....seperti kebiasaan sebelum bertolak ke UUM kami akan berhenti untuk membeli suratkhabar, selepas itu kami pun memulakan perjalanan ke UUM, di tengah tengah perjalanan Pakcik Najib (sheikh) menelefon dan ingin bersama-sama bermain golf pada pagi ini, kami tiba di uum lebih kurang 8.30 pagi, boleh dikatakan ramai golfer yang bermain di uum hari ni, keadaan yang ramai ini mungkin disebabkan ada kejohanan golf di black forest.... kami memumulakan permainan pada jam 8.45 pagi, memandangkan que yang ramai kami bermula di lubang 5, permainan aku hari ini okla tapi leh la dikatakan teruk dengan score 51, 52,(hmmm pening ni mcm mana nak main tournament bank ini), kami tamat bermain pada jam 12.15 dan terus bertolak balik, kami sampai diumah dalam pukul 1.15 mcm tu, petangnya tak dak aktiviti yang dilakukan kecuali surf internet. Lebih kurang pukul 6.30 petang aku keluar untuk ke rumah di Taman indera untuk melihat umah yang tengah diubahsua(tiada perubahan ketara), lepas tu aku ke CIMB Bank untuk keluarkan duit untuk membayar kad kredit AMBank, selepas menyelesaikan pembayaran tersebut aku terus ke pasar malam, tiada benda yang menarik untuk dibeli. dalam pukul 7.30 mcm tu aku terus bertolak pulang dan dalam perjalanan pulang aku singgah membeli nasi lemak dan CD.

Wednesday, March 18, 2009

New Dimension

Dah lama rasanya tak menulis blog...hmm kalau dihitung hari lebih kurang 120 hingga ke 150 hari...selepas beberapa lama menyepi saya rasa dah sampai masa untuk aktiv balik menulis...tujuan utama nak tulisan blog ni adalah nak cerita kan kisah hidup aku yang tak seberapa ni...hmmm sempena penulisan pertama ni...aku nak ceritakan berkenaan dengan my new baby...dah berapa lama bertangguh untuk membeli kereta akhirnya pada awal bulan April ni aku dah decide nak beli kereta..setelah difikirkan aspek kewangan, aku ambik keputusan untuk beli kereta proton saga blm...aku dah memang lama minat kereta ni...sejak kawan aku sheikh beli kereta ni...niat mula mula nak ambik no plate 80, tapi bila dah pi jpj dah ada orang tender nombor tu, last last ambik no 6600, bila dah dapat 6600 tu tak leh daftar lagi sebab ada dokumen tak settle la pula...adus terpaksa la tunggu lagi...hati ni dah panas dah ni...dah tak sabar dah dah nak pakai kereta...last last 18 haribulan aku pun dapat la kereta baru(gambar akan menysul kemudian). Alhamdulillah sebab salesman tu Abg Fauzi dia bagi tinted semua....siap tinted semua pukui 8 lebih dah...dah siap semua aku pun balik la dengan awin....permulaan ni kereta masih dalam pantang lagi...so bawa tak lebih 90 km/j....rasa mcm naik lori pun ada...tapi tak pa la untuk long term aku pun follow gak..